Published On:Sunday, 16 September 2012
Posted by ADMIN
Taktik pengemis, ucap fisabilillah minta derma
Pengemis yang berkeliaran di kawasan tempat letak kenderaan bersebelahan pasar malam membimbangkan orang ramai.
Tak salah tolong..tapi kalau 2 3 kali orang yang sama mintak duit...apa cerita?
Mungkin pengemis tu lupa orang dia mintak duit...
Yang x moleknya bila guna kalimah Allah....dah salah gunakan kalimah suci....ambil kesempatan...
Sebagai manusia, perasaan kasihan tu memang ada, tapi berhati2lah...jangan mudah cair...agak2lah kalau nak tolong....takut2 diri sendiri yang kena...
********************
PONTIAN – Kebanyakan pengunjung pasar malam di kawasan bandar Pontian di sini, tidak puas hati kerana sering diganggu pengemis sejak beberapa minggu lalu.
Golongan pengemis terbabit yang sering mengungkapkan perkataan fisabilillah (berjuang ke jalan ALLAH) setiap kali menghampiri orang awam kelihatan semakin ramai di kawasan tempat letak kereta bersebelahan pasar malam.
Kebanyakan pengunjung yang ditemui Sinar Harian berkata, kehadiran pengemis yang dipercayai warga asing itu amat merimaskan dan dikhuatiri akan mengancam keselamatan awam sekiranya wang tidak diberi.
Menurut Mohd Nor Apandi, 35, pada mulanya dia kasihan terhadap seorang lelaki tua yang berjalan menggunakan tongkat dan menjual gambar masjid bagi mendapatkan wang ketika meletakkan kenderaan di kawasan pasar malam pada setiap Jumaat.
Namun begitu, lama-kelamaan dia mula rimas apabila kerap didatangi lelaki yang sama setiap minggu dengan taktik serupa untuk meminta wang daripadanya.
“Saya perhatikan lelaki tua ini tidak faham Bahasa Melayu dan akan pergi hanya selepas wang diberikan kepadanya,” katanya.
Menurutnya, gerak-geri lelaki tua terbabit juga amat membimbangkan kerana meminta sedekah di kawasan tempat letak kereta yang dikhuatiri akan mengancam keselamatan kenderaan orang awam di situ.
“Terdapat lebih dua peminta sedekah yang menjual gambar masjid dan menyatakan derma itu adalah untuk fisabilillah,” katanya.
Sementara itu, Rokiah Mansor, 50, berkata, dia terkejut apabila didatangi seorang pemuda untuk meminta sedekah dengan menjual gambar masjid.
“Apabila saya tanya dia mengenai kutipan derma ini, dia kata untuk membantu saudaranya yang baru lepas kemalangan.
“Tetapi cara dia bercakap tidak seperti orang tempatan dan kelihatan seperti berasal dari India,” katanya.
Justeru, Rokiah berharap pihak berkuasa tempatan dapat melakukan pemantauan bagi mengelakkan budaya meminta sedekah ini berleluasa.
************
Sumber: Sinar