Published On:Thursday, 13 September 2012
Posted by ADMIN
Dr Asri puji tindakan Ning Baizura tarik diri
SIKAP BAIK.
“Ini adalah sikap yang baik,"
Respon bekas mufti Perlis, Dr Asri mengenai isu penarikan diri penyanyi Ning Baizura daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara.
Dr Asri turut menjelaskan, “sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.”
Selain itu, beliau menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.
Bagaiman dengan Mizz Nina ?
Ini nasihat dari Dr Asri...
“Saya percaya dia (Mizz Nina) sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam diri dia dan saya berharap dia menarik diri.”
P/s: Puji tindakan Ning Baizura... x berdolak dalih..terus tarik diri....
Papepun semoga artis2 lain ambil iktibar..jangan suka2 ambil job tanpa usul periksa..
Bertuah, sebab di Malaysia masih ada alim Ulama yang nak menegur...
Untuk kebaikan bersama kan...