Headlines

Remaja Bunuh Diri Sebab Di Arah Kahwini Perogol!

Posted by ADMIN | Thursday, 20 September 2012 | Posted in ,








RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit.

“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.

Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.

Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi

[GAMBAR] Budak Perempuan Upload Gambar Melampau Di Facebook!

Posted by ADMIN | | Posted in


Kalau di lihat tarikh, baru di upload neh....

Realiti anak muda zaman sekarang....

Sekarang, bayangkan pulak akan datang....bijak pandai berkata, kalau nak tau generasi akan datang camne, tengok orang muda zaman sekarang....

Maknanya akan lebih teruk?

Isk...isk...isk.....

Harap budak ni bertaubat...sedarlah...jangan terikut sangat 'jiwa muda' korang tu....

Kang menyesal x sudah....

Yup, kita akui, siapa yang x nakal masa zaman sekolah...semua orang pernah rasa...tapi nakal biarlah bertempat....

Yang pasti dan lebih elok...jadilah budak baik!

Ibu bapa, pantau2lah sikit anak tu ya....

*********


Kredit: Kumbanghere.com & Gempak.org




Wow! Kutu rayau ada RM6,819!

Posted by ADMIN | | Posted in





Tak tolong kesian....bila di tolong...rupa2nya.....ermmm....macam2 sekarang ni....

Jangan ada yang bercita2 nak jadi kutu rayau sudah laaa...


****************


Kakitangan JKM mengira wang tunai milik seorang kutu rayau yang ditahan dalam operasi di Ipoh, semalam.
Ipoh: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang ditahan dalam operasi membanteras pengemis dan gelandangan didapati memiliki wang berjumlah RM6,819 dalam begnya. 


Lelaki berasal dari Ulu Tiram, Johor itu mendakwa bekerja sebagai tukang masak di pasar dan tidak memiliki rumah sehingga menjadikan longkang serta kaki lima kedai sebagai tempat tidurnya. 


Lelaki itu antara 36 individu gelandangan dan kutu rayau yang ditahan membabitkan 34 lelaki dan dua wanita tempatan dalam operasi bersepadu beberapa agensi dan jabatan di Jalan Yang Kalsom, di sini, antara jam 11 malam kelmarin hingga 4 pagi, semalam. 
Dakwa tiada keluarga


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir, berkata lelaki terbabit yang berperwatakan pendiam dan tidak terurus ditahan di kaki lima sebuah premis di jalan itu dan mendakwa tidak mempunyai ahli keluarga.


“Siasatan lanjut yang dijalankan menemui satu beg berisi wang tunai RM6,819 milik lelaki itu selain beberapa keperluan lain seperti ubat gigi, sabun, botol berisi madu, kayu tongkat ali, tasbih dan beberapa baju.


“Lelaki itu tidak menjawab ketika ditanya mengenai wang itu sebaliknya hanya mendiamkan diri. Kami melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya. 
Katanya, operasi yang membabitkan 58 anggota terdiri daripada JKM, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan polis itu bertujuan mengurangkan masalah pengemis serta kutu rayau.


“Kebanyakan mereka yang ditahan berusia 20-an hingga 50-an didapati merayau dan tidak mempunyai tempat tinggal menyebabkan mereka menjadikan taman rekreasi, medan selera dan bangunan usang sebagai tempat tidur,” katanya.


Seorang Lelaki Dakwa Di Serang Secara Seksual Oleh Pembantu Perubatan!

Posted by ADMIN | | Posted in





DUNGUN — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menyerbu sebuah klinik swasta di bandar ini, susulan laporan serangan seksual membabitkan pembantu perubatan di klinik itu.

Serbuan pukul 11 pagi itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar dan beberapa pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertujuan menyiasat sama ada klinik tersebut mengambil pekerja tidak berkelayakan sehingga berlaku serangan seksual.

Pengarah JKNT, Dr. Anwa Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan serbuan dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000.

Katanya, ketika serbuan itu, JKNT juga merakamkan kenyataan petugas di klinik tersebut. Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa diserang secara seksual oleh pembantu perubatan lelaki ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.—BERNAMA

**********

Guna ijazah palsu kot?

Papepun berhati2..x kira rawtan tradisonal or moden...

kalau dah nafsu bukan di kira...eh, orang berasmara dengan keldai pun ada!


Penduduk Di Tawau Minum Air Mayat Reput !!

Posted by ADMIN | | Posted in ,





Kembang tekak baca berita ni....

Harap xde yang kena penyakit....Maaf untuk yang tengah sarapan tu.....

***********




Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan. 

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.

- Bernama

Fikiran Fouziah Gous Masih Celaru!

Posted by ADMIN | | Posted in



Kehilangan orang tersayang bukanlah perkara mudah untuk di telan...jauh sekali untuk melupakan dengan mudah..apatah lagi yang pergi tu orang yang tiada galang gantinya....

Pelakon juga manusia biasa...ada perasaan....kadangkala suka, kadangkala duka....

**********

Fouziah Gous


PETALING JAYA: Aktres Fouziah Gous mengakui kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir pada 11 Ogos lalu menyebabkan dia hilang fokus pada kerjaya pada waktu ini.

Fouziah, 30, berkata, fikirannya masih terganggu dan sukar memberi tumpuan sepenuhnya pada komitmen lakonan walaupun selepas 20 hari berehat.

"Saya baru sahaja kembali bekerja selepas lebih dua minggu berehat di rumah kerana kematian bapa. Alhamdulillah, emosi saya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tentulah masih ada.

"Walaupun saya sudah mula berlakon, tumpuan terhadap kerja itu tidak sepenuhnya. Fikiran saya masih bercelaru dan tidak boleh fokus berbanding komitmen yang biasa saya berikan sebelum ini," katanya.

Fouziah berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran drama Dendam Sarakit di Sri Pentas Bandar Utama, di sini, Khamis.

Dalam drama bersiri arahan Fairuz Loy ini, Fouziah bergandingan dengan Zain Hamid, Noniswara, Adam Shah dan Saiful Nizen.

Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap Khamis, pukul 10 malam menerusi slot Seram di TV3.

Fouziah berkata, dia terpaksa mengatasi kedukaannya dan berusaha mengembalikan rentak dan tumpuan kerana sudah terikat dengan pelbagai komitmen yang tertangguh sebelum ini susulan kematian tersebut.

"Saya terpaksa lunaskan tanggungjawab pada beberapa projek lakonan kerana ia sudah tertangguh sebelum ini apabila bapa saya meninggal dunia.

"Mahu tidak mahu, saya perlu fokus dan mencari kekuatan agar dapat bekerja seperti sedia kala," katanya yang baru pulang dari Maghribi untuk penggambaran telefilem Siapa Di Hatimu, minggu lalu.

Mengenai watak sebagai Sarakit dalam Dendam Sarakit, Fouziah berkata, cabaran terbesar untuk menjiwai karakter itu adalah kesukaran mengungkapkan dialog yang menggunakan ayat bahasa Malaysia baku.

"Sukar sebenarnya untuk mengungkapkan dialog drama ini kerana saya perlu bertutur dengan bahasa Malaysia yang lengkap seperti ayat rasmi dan baku, bukan bentuk perbualan harian.

"Lagipun pembabitan dalam drama ini yang menjalani lebih 90 peratus penggambaran di Bentong, Thailand selama 32 hari merupakan pengalaman pertama saya berjauhan daripada keluarga untuk tempoh yang panjang.

"Akibat tidak tahan menanggung rindu pada ibu, saya curi-curi peluang juga balik ke Kuala Lumpur apabila penggambaran tidak melibatkan adegan melibatkan saya," katanya.

Bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos lalu akibat sakit tua pada usia 75 tahun.

************

Al Fatihah untuk arwah bapa Fouziah Gous.

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Keluar Dengan Kekasih Baru??

Posted by ADMIN | | Posted in

Khairul Fahmi Che Mat.



Ermm..jejaka asal kelate yang hot dan menjadi poojaan ramai ni memang x sunyi dari cerita2 gosip selain cerita kerjayanya sebagai penjaga gol Malaysia/Kelantan.


Umpama gula...pantang ke mana2.... lagi2 di lihat bersama wanita...

Apalagi, terus di cop sebagai kekasih...
Yelah..orang glamer kan...


Terbaru, 


Gambar yang kononnya kekasih KFCM yang ter'latest'...
telah tersebar...


Di petik dari blog yang berbunyi enak iaitu Rotikaya...

***********

Khairul Fahmi Che Mat di’khabarkan sering turun ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bertemu gadis ini yang namanya enggan pula sumber kami dedahkan.
Sumber kami turut menyebut yang penjaga gol kebangsaan & gadis ini sering bertukar tulisan ‘manja’ sesama mereka di Twitter namun pandai menyorok hubungan mereka.
Merisik satu sumber lain pula, yang sebenarnya kini memang sah Khairul Fahmi Che Mat sedang berpacaran dengan rakan model, Leuniey yang pernah di’nafikan mereka.

Dan ketika Aidilfitri lalu, Khairul Fahmi Che Mat di’lihat tampil sedondon bersama keluarga Leuniey walaupun masing masing keluarkan kenyataan yang mereka hanya kawan.

*********





















P/s: Seperti biasa doa kami..cepat dapat jodoh KFCM...harap x jejaskan kerjaya sebagai penjaga gawang no 1 negara ya..



Ada Yang Misteri Dan Unik Tentang Gambar Ini!

Posted by ADMIN | | Posted in


Geng, jemput tengok gambar ni..ada yang misteri dan unik....tengok apa yang misterinya....  




Tak jumpa?

Rileks2....tengok kat bawah ni...



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

































Vodka Tertulis Kalimah ‘Allah’ Cetus Kemarahan

Posted by ADMIN | | Posted in


Lagi penghinaan terhadap Islam..kali membabitkan arak. 


Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.

Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.

Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.







“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.

“Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.

Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut.




Nama kampung paling panjang di dunia

Posted by ADMIN | | Posted in





Berbelit nak menyebut....

Dengan 58 huruf, kampung di United Kingdom menjadi satu-satunya kampung yang mempunyai nama terpanjang di dunia kini.

Desa ini mempunyai nama Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysilio gogogoch dan sebelumnya bernama Llanfair Pwllgwyngyll.

Seperti dilaporkan dari BBC, Sabtu (24/3/2012), Kampung ini terletak di Pulau Anglesey, Wales Utara. Kampung ini sengaja diubah nama semata-mata untuk menarik minat pelancong asing pada tahun 1860an.

Idea ini nampaknya berjaya, setelah berganti nama menjadi sangat panjang, pelancong pun berpusu-pusu datang kerana ingin tahu.

Selain pelancong yang tertarik dengan nama kampung yang sangat panjang, stesen dengan gaya Victorian yang mempamerkan lokomotif keretapi wap purba dan kedai-kedai hadiah dan kraf tangan khas Wales juga menjadi daya tarikan. Tidak hanya itu, kampung ini juga mempunyai gereja peninggalan abad ke-15, Gereja St. Tysilio.

Nama kampung ini juga menjadi popular selepas Putera William dan Kate Middleton membina rumah pertama mereka di sini. Putera William ditempatkan oleh tentera nasional Inggeris di pulau ini dan pusat latihan ketenteraan terletak hanya 27 kilometer dari kampung ini.

************

Arghhh! krem lidah...!

Milik Siapakah Kaki Ini ???

Posted by ADMIN | | Posted in


Milik siapakah kaki ini.....

Sekali pandang..orangnya mesti anggun dan jelita...

Meh ler tengok....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Ini Suri Cruise, anak pelakon Tom Cruise dan Katie holmes
(Sudah bercerai )

Yelah, anak retis...pesen pun kena la ikut macam bapak n maknya...



















Pasangan Kekasih Maut Jatuh Di Gaung Akibat Melakukan Seks Di Dalam Kereta!

Posted by ADMIN | Wednesday, 19 September 2012 | Posted in

Inilah padanya...

Sengaja cari nahas....

Satu kemalangan telah berlaku yang boleh di anggap misteri di Ukraine pada awal ogos lalu. Kemalangan membabitkan sebuah jip putih dan  mangsanya adalah seorang lelaki dan seorang perempuan.

Apa yang terjadi?

Menurut siasatan polis tempatan kereta ini sebenarnya dalam keadaan parking, tapi entah bagaimana kereta ini boleh jatuh ke sebuah gaung. Kemungkinannya adalah brek tangan tidak berfungsi.

Kemungkinan.

Namun menurut saksi, kemungkinan mangsa lelaki dan perempuan ini sedang menikmati seks liar di dalam kereta hingga menyebabkan tertolak brek tangan dan menyebabkan kereta tersebut meluncur ke gaung. Ia dikuatkan lagi dengan keadaan mangsa perempuan ditemui dalam keadaan hampir bogel dan di dapati ada cairan sperma diatas kenderaan tersebut.



















TIPS! Cara Menyelamatkan Handphone Anda Setelah Jatuh Dalam Air?

Posted by ADMIN | | Posted in ,




Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya air di atas telefon dan barangan elektronik adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah untuk menyelamatkannya?



Semestinya salah satu cara adalah membawanya ke kedai telefon berdekatan. Namun, ia mungkin mengambil masa, ataupun sukar dilakukan sekiranya kedai berdekatan tutup dan sebagainya.




Untuk mengelakkan daripada telefon anda menghadapi sebarang masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bateri serta-merta, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya litar-pintas dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan telefon dengan bateri terbina seperti iPhone, One X dan sebagainya, anda boleh mematikan peranti anda serta-merta, dengan menekan butang kuasa padanya.

Sebaik sahaja mengeluarkan bateri, keringkan peranti, bateri dan pelbagai perkara lain (kad-SIM, mikro-SD) dengan menggunakan kain ataupun tuala.





Walaupun anda berjaya menghilangkan air daripada peranti anda, kebarangkalian untuk peranti anda mempunyai kelembapan di bahagian dalam dan sebagainya adalah tinggi. Untuk itu, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan silica gel (yang biasa terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan). Namun, memandangkan ia sukar untuk didapati, salah satu alternatif adalah menggunakan beras.
Di arena internet, ramai yang berkongsi kisah mereka, mengatakan penggunaan beras adalah salah satu kaedah yang baik untuk menghilangkan kelembapan daripada peranti mereka.




Anda boleh meninggalkan peranti anda didalam bekas berisi beras antara 24 jam hingga ke 72 jam, dan kemudiannya mencuba untuk menghidupkan kembali peranti anda.
Walaupun kaedah ini adalah salah satu perkara yang popular, namun mungkin tidak memberikan hasil yang baik kepada semua pengguna. Sekiranya anda mempunyai kaedah tersendiri, jangan lupa berkongsi bersama kami.





tseting

Posted by ADMIN | | Posted in

tseting

Lelaki Korea Selatan bermekap untuk kerjaya

Posted by ADMIN | Tuesday, 18 September 2012 | Posted in

GIL-NAM mencari produk penjagaan kulit di sebuah kedai di Seoul pada 10 Ogos lalu.


SEOUL - Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi.


Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah.


"Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut.


Seorang lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada setiap pagi selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya.


Bekerja sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di dalam tandas awam bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin sepanjang hari.


Mengulas fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar kajian Korea di Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata, kecantikan diri penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki.


"Bagi masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit seseorang lelaki memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata seorang pelajar berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan Maliangkay. - AP

**********

P/s: Kalau kerja opis..duk dalam air cond..oklah...tapi kalau kerja tengah2 panas...xkkan nak bercelak bagai...ahaha...

Paling kuat pun pakai uv protection....ye x? 


Bernikah Melalui Twitter?

Posted by ADMIN | | Posted in ,





Sememangnya laman sosial banyak kegunaan bukan sahaja berkomunikasi bersama kawan. Di Turki, Cengizhan Celik dan Candan Canik melangsungkan ijab kabul pernikahannya menggunakan Twitter. Ini merupakan kali pertama sepasang kekasih mengikat janji suci menggunakan laman sosial. Wow!

Meskipun ijab kabul berlangsung di Twitter, kedua mempelai, penghulu, serta para tamu undangan hadir di sebuah restoran di Uskudar, Turki. Pernikahan ini di mulakan dengan tweet dari  penghulu sekaligus Walikota Uskudar–Mustafa Kara, yang menanyakan kepada kedua mempelai, apakah keduanya bersedia menikah

Dengan menggunakan iPad, Celik dan Canik mengiyakannya dengan menulis membalas “I do,” tulis @cengizhancelik dan @CandanCANK.
Seterusnya, pasangan ini dinyatakan sah sebagai suami isteri. Celik–editor berita www.ensonhaber.com, mengaku ingin menjalani pernikahan yang berbeza dengan yang lain. Baginya, cara ini adalah sebuah kejutan dalam hidupnya.
















Objek menyerupai janin manusia ditemui di Kuarters KLIA

Posted by ADMIN | | Posted in



Lagi dan lagi....selepas kes campak bayi, ni satu lagi....

oh Malaysiaku...apa nak jadi??

Xkkan dah jatuh bala baru nak sedar....?

Lindungilah kami Ya Allah.....





NILAI: Satu objek menyerupai janin manusia ditemui di tangga flat Block C, Kelompok 8, Kuarters KLIA dekat sini, pagi ini.

Pegawai Imigresen Saiful Nizam Abas, 40, berkata beliau mulanya melihat tompokan darah di lantai hadapan rumahnya di tingkat bawah sebelum membuat pemeriksaan lanjut dan menemui janin itu di tingkat satu flat itu. 


"Saya temui objek itu pada kira-kira 8.30 pagi dan segera memberitahu kejadian itu kepada jiran yang lain dan mereka menyangkakan janin berkenaan adalah janin kucing sebelum saya bertindak menghubungi polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Katanya pihak polis bersama anggota forensik tiba di lokasi tidak lama kemudian sebelum mengambil janin tersebut.



Beliau difahamkan daripada jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang turut tiba di lokasi bagi membantu siasatan bahawa berdasarkan pemerhatian awal janin itu adalah janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin itu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berhubung status sebenar janin itu. 

Bagaimanapun, katanya kertas siasatan bagi kes itu dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7583222. - Bernama


Gambar dari google

Jemput like

Powered by Blogger.

Klik Jap

    Blog Archive