Headlines

Remaja Bunuh Diri Sebab Di Arah Kahwini Perogol!

Posted by ADMIN | Thursday, 20 September 2012 | Posted in ,








RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit.

“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.

Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.

Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi

[GAMBAR] Budak Perempuan Upload Gambar Melampau Di Facebook!

Posted by ADMIN | | Posted in


Kalau di lihat tarikh, baru di upload neh....

Realiti anak muda zaman sekarang....

Sekarang, bayangkan pulak akan datang....bijak pandai berkata, kalau nak tau generasi akan datang camne, tengok orang muda zaman sekarang....

Maknanya akan lebih teruk?

Isk...isk...isk.....

Harap budak ni bertaubat...sedarlah...jangan terikut sangat 'jiwa muda' korang tu....

Kang menyesal x sudah....

Yup, kita akui, siapa yang x nakal masa zaman sekolah...semua orang pernah rasa...tapi nakal biarlah bertempat....

Yang pasti dan lebih elok...jadilah budak baik!

Ibu bapa, pantau2lah sikit anak tu ya....

*********


Kredit: Kumbanghere.com & Gempak.org




Wow! Kutu rayau ada RM6,819!

Posted by ADMIN | | Posted in





Tak tolong kesian....bila di tolong...rupa2nya.....ermmm....macam2 sekarang ni....

Jangan ada yang bercita2 nak jadi kutu rayau sudah laaa...


****************


Kakitangan JKM mengira wang tunai milik seorang kutu rayau yang ditahan dalam operasi di Ipoh, semalam.
Ipoh: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang ditahan dalam operasi membanteras pengemis dan gelandangan didapati memiliki wang berjumlah RM6,819 dalam begnya. 


Lelaki berasal dari Ulu Tiram, Johor itu mendakwa bekerja sebagai tukang masak di pasar dan tidak memiliki rumah sehingga menjadikan longkang serta kaki lima kedai sebagai tempat tidurnya. 


Lelaki itu antara 36 individu gelandangan dan kutu rayau yang ditahan membabitkan 34 lelaki dan dua wanita tempatan dalam operasi bersepadu beberapa agensi dan jabatan di Jalan Yang Kalsom, di sini, antara jam 11 malam kelmarin hingga 4 pagi, semalam. 
Dakwa tiada keluarga


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir, berkata lelaki terbabit yang berperwatakan pendiam dan tidak terurus ditahan di kaki lima sebuah premis di jalan itu dan mendakwa tidak mempunyai ahli keluarga.


“Siasatan lanjut yang dijalankan menemui satu beg berisi wang tunai RM6,819 milik lelaki itu selain beberapa keperluan lain seperti ubat gigi, sabun, botol berisi madu, kayu tongkat ali, tasbih dan beberapa baju.


“Lelaki itu tidak menjawab ketika ditanya mengenai wang itu sebaliknya hanya mendiamkan diri. Kami melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya. 
Katanya, operasi yang membabitkan 58 anggota terdiri daripada JKM, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan polis itu bertujuan mengurangkan masalah pengemis serta kutu rayau.


“Kebanyakan mereka yang ditahan berusia 20-an hingga 50-an didapati merayau dan tidak mempunyai tempat tinggal menyebabkan mereka menjadikan taman rekreasi, medan selera dan bangunan usang sebagai tempat tidur,” katanya.


Seorang Lelaki Dakwa Di Serang Secara Seksual Oleh Pembantu Perubatan!

Posted by ADMIN | | Posted in





DUNGUN — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menyerbu sebuah klinik swasta di bandar ini, susulan laporan serangan seksual membabitkan pembantu perubatan di klinik itu.

Serbuan pukul 11 pagi itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar dan beberapa pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertujuan menyiasat sama ada klinik tersebut mengambil pekerja tidak berkelayakan sehingga berlaku serangan seksual.

Pengarah JKNT, Dr. Anwa Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan serbuan dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000.

Katanya, ketika serbuan itu, JKNT juga merakamkan kenyataan petugas di klinik tersebut. Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa diserang secara seksual oleh pembantu perubatan lelaki ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.—BERNAMA

**********

Guna ijazah palsu kot?

Papepun berhati2..x kira rawtan tradisonal or moden...

kalau dah nafsu bukan di kira...eh, orang berasmara dengan keldai pun ada!


Penduduk Di Tawau Minum Air Mayat Reput !!

Posted by ADMIN | | Posted in ,





Kembang tekak baca berita ni....

Harap xde yang kena penyakit....Maaf untuk yang tengah sarapan tu.....

***********




Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan. 

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.

- Bernama

Jemput like

Powered by Blogger.

Klik Jap

    Blog Archive