Published On:Friday, 31 August 2012
Posted by ADMIN
Remaja 14 tahun bakar satu juzuk al-Quran!
ISLAMABAD 30 Ogos - Doktor dan pegawai kerajaan didakwa 'berpihak' kepada seorang remaja perempuan beragama Kristian yang dituduh membakar al-Quran, menurut peguam kepada pihak yang mengemukakan dakwaan itu, semalam.
Remaja tersebut bernama Rimsha, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.
Satu laporan perubatan yang dikemukakan pada awal minggu ini menyatakan, Rimsha, 14, masih tidak mampu berfikiran matang dengan keadaan mental yang tidak sejajar dengan umurnya.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan ringkas kes itu semalam, peguam tersebut, Rao Abdur Raheem menolak laporan doktor terbabit.
"Remaja tersebut mengaku membakar satu juzuk al-Quran.