Headlines

Tanda-Tanda Rumah Diduduki Berhantu!

Posted by ADMIN | Friday, 31 August 2012 | Posted in




6 Tanda-tanda Rumah Berhantu, Hantu atau syaitan ini merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus.


Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :


1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.


2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.


3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.


4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.


5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.


6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.


Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.


Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.


Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini. Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.


sumber : 2dayblogger
kredit gambar: gambarhantu.blogspot.com

“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok.-Erin Malek

Posted by ADMIN | | Posted in



“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.” -Erin Malek, Galaksi TV9

Erin Malek, pelakon yang semakin meningkat dewasa, mula popular apabila membintangi filem Tentang Bulan di bawah pengarahan Ahmad Idham.

Namun kebelakangan ini beliau semakin berani, yang terbaru pengakuannya menindik lidah dan juga bertatoo dalam rancangan Galaksi TV9..

Dalam rancangan itu, Erin mengakui dirinya menindik lidah dan juga bertatoo (tidak dinyatakan dibahagian mana). Namun dengan nada sinisnya, dia cukup berbangga memiliki tatoo.
Dulu kanak2..sekarang makin dewasa....'dewasa' sangatkah??

p/s: Bangga ke bertatoo dan bertindik?? bangga x kena tempat...harap Erin x sia2kan bakat dan zaman remajanya dengan kontrovesi yang x sihat...
Mudah-mudahan dia berjaya kerana bakatnya.

Sumber gambar: Rotikaya

Beli Panadol, Bukan Bawak Balik Perempuan!

Posted by ADMIN | | Posted in


MUSLIM (kanan) dan Ismail didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih Terengganu, Peter Butler.



BELI panadol, bukan bawa balik wanita ke hotel. Demikian penjelasan Muslim Ahmad yang sebelum ini digugurkan daripada skuad utama Terengganu bersama rakan sepasukan, Ismail Faruqi gara-gara didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih, Peter James Butler.

Selain dituduh pulang lewat, mereka juga didakwa membawa wanita balik ke hotel oleh Butler selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu.

Muslim menjelaskan, dia bukannya membawa balik wanita ke bilik penginapan, sebaliknya hanya pulang lewat pada hari kejadian kerana membeli makanan dan panadol untuk Ismail yang demam.

“Kita orang tak buat (bawa balik mana-mana wanita ke hotel) sebab kita orang ada bukti. Kita orang pun tak tahu macam mana laporan itu dibuat (Butler) dan dia pun tak buat laporan kepada persatuan (PBSNT).

“Memang saya (akui) keluar lewat. Tapi saya keluar beli makanan dan panadol untuk Ismail sebab dia demam,” dakwa Muslim kepada Kosmo!.

Kosmo! semalam melaporkan nasib malang Muslim dan Ismail yang digugurkan dari skuad utama Terengganu selepas mereka didakwa pulang lewat ke bilik penginapan sekitar pukul 3 pagi, selain didakwa membawa pulang wanita ke bilik hotel oleh Butler.

Dalam pada itu, Ismail turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Butler dan telah menyerahkan perkara itu kepada pihak atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menilai situasi sebenar.

“Dakwaan itu (membawa wanita ke hotel) sangat tidak berasas, jadi saya dan Muslim telah menyerahkan kes ini kepada pihak atasan untuk menilai situasi ini.

“Tuduhan berat itu telah memberikan kesan buruk kepada imej kami, keluarga, pasukan dan pihak pengurusan PBSNT.

“Justeru, kami menuntut permohonan maaf secara terbuka (daripada Butler) untuk membersihkan nama baik kami di atas kesalahan yang kami langsung tidak buat,” katanya.

Enggan mengulas lanjut, Ismail juga berharap insiden ini memberikan pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati bagi menjamin kariernya sebagai pemain bola sepak.

Dalam pada itu, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan kedua-dua pemain itu bakal beraksi menentang Kedah di Stadium Ismail Nasiruddin Shah malam ini jika bebas daripada kecederaan.

“Siasatan terhadap dakwaan Butler mengenai dua pemain itu hanya akan dilakukan selepas kempen Piala Malaysia berakhir. Apa yang penting ketika ini tumpuan untuk perlawanan menentang Kedah (malam ini) sebelum menentang Kelantan dan ATM,” tegasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menasihatkan PBSNT supaya tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang mempunyai masalah disiplin walaupun pemain itu berstatus bintang.

“Kita tak mahu pemain yang tidak berdisiplin. Tidak mengapa kalau kehilangan mereka pun (Muslim dan Ismail Faruqi), kita tidak boleh menjadikan bintang itu sebagai pasport untuk tunjukkan contoh yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.





Pesanan FAS buat Amri, Bunyamin

Posted by ADMIN | | Posted in



ADA mesej positif yang mahu disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap dua tonggak berkaliber, Amri Yahyah (gambar) dan Bunyamin Omar.

Malam ini, kedua-dua pemain tersebut dijangka kembali memperkuatkan skuad Gergasi Merah menjelang pertemuan menentang T-Team dalam aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Amri dan Bunyamin sebelum ini terlepas tiga aksi awal Piala Malaysia akibat digantung tiga perlawanan dan didenda RM1,500 seorang gara-gara bertindak melakukan kekasaran melampau terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar dalam satu aksi Liga Super di Stadium Mohammed ke-IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu.

Ketiadaan dua pemain tersebut jelas dirasai Merah Kuning apabila sekadar mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri setakat ini, tiga mata di belakang Pahang yang kini selesa menerajui kumpulan dengan tujuh mata.

Justeru, Hamidin mahu kedua-dua pemain tersebut mengambil iktibar terhadap insiden berkenaan biarpun mengakui kehadiran mereka bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim malam ini.

"Jika tanya saya, Amri dan Bunyamin sepatutnya tidak cepat berasa selesa dan menganggap posisi mereka dalam kesebelasan utama Selangor terjamin secara automatik.

"Jadi, saya harap hukuman tersebut dapat memberikan pengajaran kepada kedua-dua pemain itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama selepas ini," tegasnya kepada Kosmo!

Malam ini, Amri dijangka kembali semula menggalas tugas kapten yang sebelum ini diambil alih oleh P. Gunalan dan Safiq Rahim dalam tiga perlawanan awal sebelum ini.

Sepanjang ketiadaan Amri, Gergasi Merah dilihat bergantung sepenuhnya dengan kredibiliti penyerang import, Bosko Balaban memandangkan penyerang pinjaman, Rozaimi Abdul Rahman dilihat masih tercari-cari sentuhan penyudah sepanjang kempen kali ini.

Begitupun, Hamidin enggan 'campur tangan' dengan strategi yang mahu direncana Irfan seandainya pengendali berpengalaman itu mahu menggunakan khidmat Amri dan Bunyamin malam ini.

"Saya sentiasa mempercayai kredibiliti Irfan, seperti yang saya katakan tadi saya cuma tidak mahu (Amri dan Bunyamin) berasa selesa dengan kedudukan mereka dan bukannya diketepikan langsung.

"Yang paling penting, kami berjaya memburu tiga mata berharga (malam ini) supaya 'misi 33' yang sering tertangguh sejak 2005 tidak lagi tergendala kali ini," jelasnya optimis.

Selain aksi antara Selangor dan T-Team, skuad Tok Gajah yang masih segar dengan kejayaan membelasah Sarawak 6-0 Selasa lalu pula bakal berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching dan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam ini.


Pura-pura pengsan elak dibunuh

Posted by ADMIN | | Posted in

SITI FATIMAH menunjukkan kesan luka pada tangannya.



KANGAR - Seorang peniaga yang tidak mampu untuk melawan dua perompak bersenjatakan parang terpaksa berpura-pura pengsan sebelum mendapati pelbagai barangan berharga bernilai RM50,000 termasuk wang dilarikan penjenayah tersebut kelmarin.

Kejadian pukul 3 pagi di sebuah rumah Lorong Haji Teh, Pengkalan Asam, di sini itu berlaku ketika Siti Fatimah Ahmad, 45, bersama dua anak, ibu dan adiknya sedang tidur di dalam bilik masing-masing.

Mengimbau semula kejadian itu, Siti Fatimah memberitahu, dia terus terjaga apabila menyedari lehernya dicekik selain hidung serta mulutnya ditekup dengan kain yang telah dilumur sejenis cecair dipercayai klorofom.

Katanya, pada mulanya dia sangka sedang bermimpi tetapi ketika hendak mencapai telefon bimbit untuk melihat waktu, dua individu yang memakai topeng dan baju sejuk terus menyerangnya.

"Saya enggan menyerah dan cuba melawan. Salah seorang daripada mereka kemudian cuba menekup sekali lagi mulut dan hidung saya dengan kain itu manakala seorang lagi memukul dan mengacukan parang hingga mencederakan jari serta tangan saya.

"Apabila mendapati kudrat saya tidak mampu untuk melawan mereka, saya mendapat ilham untuk berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada dibunuh," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pada masa sama dia hanya membuka sedikit mata dan nampak dua perompak itu menggeledah biliknya selama 20 minit selepas mengikat tangan dan kakinya menggunakan kain tudung miliknya.

Menurut Siti Fatimah, penjenayah kemudian cuba masuk ke dalam bilik anak, ibu dan adiknya tetapi gagal apabila pintu itu dikunci dari dalam sebelum kedua-duanya melarikan diri melalui dapur.







Pura-pura pengsan elak dibunuh

Posted by ADMIN | | Posted in

Orang Kurang Siuman Yang Bersuara Merdu

Posted by ADMIN | | Posted in





Ya Allah…merdunya suara hamba Allah ini….

Okey, mungkin anda dan admin juga x berapa faham dengan apa yang di dendangkannya…namun sekali imbas kita boleh dengar hamba Allah ini memuji2 25 Nabi dan Rasul.






Cuba amati betul2….

Berdasarkan dari komen2 di video ni…ini ialah bahasa daerah Aceh, Indonesia… ( betukan jika admin salah )

Ya, Allah jika lelaki ini kurang waras, maka sembuhkanlah ia….

Sedangkan kita yang waras dan siuman pun belum tentu ingat nama2 Rasul … kan?

p/s; Serius, meremang bola roma dengar suara lelaki ini…Moga cepat sembuh ya!  


dari sumber

Remaja 14 tahun bakar satu juzuk al-Quran!

Posted by ADMIN | | Posted in







ISLAMABAD 30 Ogos - Doktor dan pegawai kerajaan didakwa 'berpihak' kepada seorang remaja perempuan beragama Kristian yang dituduh membakar al-Quran, menurut peguam kepada pihak yang mengemukakan dakwaan itu, semalam.


Remaja tersebut bernama Rimsha, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.


Satu laporan perubatan yang dikemukakan pada awal minggu ini menyatakan, Rimsha, 14, masih tidak mampu berfikiran matang dengan keadaan mental yang tidak sejajar dengan umurnya.


Bagaimanapun, dalam perbicaraan ringkas kes itu semalam, peguam tersebut, Rao Abdur Raheem menolak laporan doktor terbabit.


"Remaja tersebut mengaku membakar satu juzuk al-Quran.




Gambar Hot Nabila Huda Di Afrika Selatan

Posted by ADMIN | | Posted in





Pelakon, Nabila Huda di khabarkan kini berada di Afrika Selatan. Ini beikutan gambar2 yang beliau muat naik di lama twitter miliknya.

Anak kepada rocker legend Amy Search ni kelihatan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di Afrika.

Mungkin sudah biasa dengan aktiviti lasak. 

Nabila berada di sana sejak seminggu yang lalu. 

Jom layan gambar2 yang di ambil di sana..










Yela..pergi Afrika, gambar gajah dengan monyet la....ehehehe  

Hot? kat sana memnag panas kan.....



Gambar Mesut Ozil berhibur dengan perempuan seksi

Posted by ADMIN | | Posted in








Mesut Ozil...siapa yang x kenal kan?? kaki bola mesti kenal punya....
Gambar pemain pasukan Real Madrid itu di ambil ketika beliau bercuti di Las Vegas...Amerrikkaaaa!

ermmm.......

Lagi gambar boleh di lihat di sini..



p/s: apa yang korang fikir?? 



Pesakit Mental Lahirkan Anak Di Tepi Jalan!

Posted by ADMIN | Thursday, 30 August 2012 | Posted in

Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun, bandar Guangzhou, China. 
Dengan hanya berbekalkan gunting yang dibawa ke mana sahaja, wanita malang itu telah menggunting tali pusat bayinya itu dan urinya telah dicampakkan ke dalam tong sampah. 
Selepas itu, si ibu dilihat berjalan sejauh enam kilometer di sebatang jalan sambil mengendong bayi lelakinya itu. Lebih malang lagi, bayi berkenaan tidak dibalut atau diselimutkan dengan sebarang kain. 

Orang ramai yang melihat situasi wanita itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan membawa wanita dan bayinya ke hospital yang berdekatan, tetapi wanita itu langsung tidak memperdulikan pelawaan tersebut. Tetapi, atas desakan orang ramai, wanita itu dibawa juga ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan lanjut. Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana. 

Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu. Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran. Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.

 Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk. Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.

******************

Kesian....moga bayi tu xde pape la kan...




Erra tolak, Lisa terima

Posted by ADMIN | | Posted in





MENGIKUT perancangan asal, pementasan teater Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sepatutnya sudah mula dipentaskan di Istana Budaya semalam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55, tetapi ia terpaksa ditunda pada 14 September ini.

Walau bagaimanapun, perjalanan untuk merealisasikan teater yang menceritakan tentang tokoh negarawan terkemuka yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Bermula dengan keputusan Adlin Aman Ramlie yang menarik diri untuk mengarah teater berkenaan, terbaharu, aktres popular Erra Fazira yang sepatutnya memegang watak Dr. Siti Hasmah turut mengambil tindakan yang serupa.

Jika Erma Fatima menggantikan peranan Adlin selaku pengarah, watak tokoh negarawan itu pula kini bakal dipegang oleh pelakon Lisa Surihani yang baru kali pertama beraksi di pentas teater.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, isteri kepada Yusry Abdul Halim itu mengakui sangat terkejut dengan tawaran yang diterima, namun mengakui begitu teruja untuk terbabit dalam pementasan teater berkenaan.

Kosmo!: Bila Lisa ditawarkan untuk membawakan watak sebagai Dr. Siti Hasmah?

LISA: Saya telah dihubungi oleh pihak Istana Budaya. Saya telah diberitahu bahawa Kak Erma mahu saya membawakan watak ini setelah Erra terpaksa menolaknya kerana pertindihan jadual setelah tarikh teater ini ditunda.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa Erra merupakan pelakon yang paling sesuai dengan watak ini berdasarkan pengalaman yang dimilikinya. Saya percaya dia mampu memainkan peranan sebagai Dr. Siti Hasmah dengan berkesan.

Apakah reaksi Lisa ketika mendapat tawaran tersebut?

Sudah tentu saya sangat terkejut dan seperti tidak percaya kerana saya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam pementasan teater. Pada mulanya saya ingat ditawarkan watak kecil sahaja, tetapi tidak sangka pula saya dikehendaki membawakan watak seorang individu yang memang menjadi idola saya selama ini.

Namun, saya tidak mahu ramai yang salah sangka kerana saya tidaklah menggantikan Erra secara keseluruhan kerana saya sekadar membawakan watak Dr. Siti Hasmah semasa muda.

Sebenarnya pementasan ini membabitkan dua babak iaitu perjalanan ketika Dr. Siti Hasmah muda (babak pertama) dan dewasa (babak kedua). Jadi saya sekadar terbabit dalam babak yang pertama sahaja, manakala babak kedua pula dilakonkan oleh pelakon lain.

Kenapa Lisa bersetuju untuk beraksi dalam pementasan teater ini?

Sebelum ini saya pernah ditawarkan berlakon teater, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana mempunyai komitmen lain. Secara kebetulan pula jadual saya sekarang tidak terlalu sibuk dan akhirnya saya bersetuju untuk terlibat sama.

Namun, saya ada memberitahu pihak produksi bahawa sepanjang pementasan berlangsung dari 14 hingga 23 September nanti, ada dua hari yang saya tidak boleh terlibat kerana ada komitmen lain dan mereka bersetuju untuk menggantikan saya dengan pelakon lain.

Pementasan ini dijadualkan bakal berlangsung dua minggu lagi, adakah Lisa yakin mampu membawakan watak yang dibawakan ini?

Saya akui tempoh dua minggu memang sangat singkat untuk menjayakan sebuah pementasan teater, apatah lagi saya langsung tiada pengalaman. Saya anggap ia merupakan satu cabaran baharu yang berguna buat diri saya sebagai seorang pelakon.

Tidak dinafikan beraksi di hadapan kamera dan penonton secara langsung memang sangat berbeza. Namun, saya percaya kerjasama dengan semua pihak yang terlibat serta tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman saya akan berusaha bersungguh-sungguh.

Adakah Lisa akan menerima tawaran untuk berlakon teater lagi pada masa akan datang?

Bagi saya itu semua bergantung kepada rezeki kerana pembabitan saya dalam teater ini juga berlaku pada saat-saat akhir. Selepas pementasan teater ini kalau ada tawaran lain yang diterima mungkin saya akan mempertimbangkannya.

Fouziah Gous berkecil hati

Posted by ADMIN | | Posted in





"SAYA sanggup lakukan apa sahaja untuk dia. Saya dengan dia memang sangat rapat. Malah, kami juga tidur bersama," akui Fouziah mengenai wasilah atau dalam erti kata lain, ikatan cinta terhadap ibu kesayangannya, .

Sebagai seorang isteri yang baru kehilangan suami, Fouziah faham mengenai perasaan sunyi dan kehilangan yang membelenggu ibunya. Disebabkan itu, setelah bapanya meninggal dunia 11 Ogos lalu ketika umat Islam bakal menyambut Syawal lapan hari lagi, Fouziah berjanji akan menjaga ibunya, Sajadi Ibrahim, 58.

"Saya seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga. Apa yang berlaku saya kena jaga ibu. Walaupun saya sedih dengan kehilangan ayah, saya tidak akan sekali-kali menangis depan dia. Saya tak mahu dia tahu saya bersedih," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Terpaksa menyambung penggambaran drama tiga hari yang lalu, menurut Fouziah, dia akan memastikan semua perkara yang melibatkan ibunya selesai sebelum keluar bekerja.

Masih bersedih dengan kematian bapanya, Mohd. Gous Agulam Dastagir, 75, pelakon yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 11 Disember ini juga mengakui berasa kecil hati kerana cerita kematian bapanya ditulis tanpa kenyataan daripada mulutnya sendiri.

"Saya minta maaf sebab tak dapat nak jawab panggilan telefon media masa ayah saya meninggal dunia. Bukan sengaja tetapi ketika itu saya benar-benar tidak berkesempatan. Malah, panggilan daripada teman-teman juga saya tidak angkat.

"Saya juga kecil hati sebab tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada mulut saya tetapi ada beberapa pihak yang menulis mengenai arwah yang mengatakan dia meninggal disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sedangkan ayah saya meninggal bukan disebabkan kedua-dua penyakit itu tetapi disebabkan penyakit tua," rungkainya mengenai isu tersebut ketika ditemui selepas majlis pratonton episod pertama drama Trilogi Cinta 2 di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kuala Lumpur, kelmarin.

Ingin menjernihkan situasi, jelas Fouziah, bapanya sememangnya sudah berusia iaitu 75 tahun. Badan bapanya semakin hari semakin lemah sehingga membuatkan lelaki kesayangannya itu lebih banyak terlantar.

Begitupun, dia mengakui tidak menjangkakan kematian ayahnya pada hari itu kerana bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda.

"Saya bersyukur kerana arwah meninggal pada bulan Ramadan dan proses pengebumian arwah sangat mudah dan cepat. Sebelum Zuhur dia meninggal tetapi selepas Asar dia sudah dikebumikan," ceritanya mengenai arwah bapanya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong, Selangor.

Cinta ahli korporat duda

Masih belum reda dengan isu cintanya bersama seorang ahli korporat berstatus duda yang dikatakan bakal ke jenjang pelamin pada tahun ini, bekas pramugari itu mengakui, kadangkala berasa rimas tetapi dia tidak akan sekali-kali melatah dan marah dengan gosip yang melanda dirinya.

"Saya faham industri hiburan memang macam ini. Saya tidak akan melatah dan marah. Cuma, cukuplah perihal ini (cerita kahwin) ditulis lagi. Ia telah menyebabkan saudara-mara saya berasa kecil hati dan terkejut. Tolonglah, jangan tulis benda yang tidak benar yang kita sendiri tidak cakap," ucapnya yang mengakui lega kerana gosip tersebut tidak menyebabkan keluarganya berpecah-belah.

Sebelum ini, kecoh mengatakan Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) dalam Anugerah Skrin 2007 itu bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli korporat pada bulan Jun lalu.

Fouziah bagaimanapun menafikan gosip liar tersebut dengan menjelaskan dia sebenarnya terlalu sibuk dan terikat dengan penggambaran beberapa buah drama termasuk Trilogi Cinta 2 terbitan Suhan Movies.

Membawakan watak seorang gadis bernama Nurjinah yang berkahwin dengan seorang duda bernama Razif lakonan Rosyam Nor dalam Trilogi Cinta 2, Fouziah turut ditebak persoalan bagaimana jika karakter yang dibawanya bakal menjadi kenyataan pada dirinya.

Tenang dia menjawab. Katanya: "Saya cuma minta pada Allah agar dikurniakan seorang suami yang baik. Buat apa mencari masalah dengan berkahwin dengan lelaki yang kita tahu bakal mengundang masalah."

Trilogi Cinta 2

Bercerita mengenai wataknya dalam drama yang mencatat rating sebanyak dua juta itu, jelas Fouziah, ketika musim pertama drama Trilogi Cinta, watak Nurjinah lebih lembut tetapi untuk musim kedua ini watak Nurjinah agak tegas.

"Drama Trilogi Cinta musim kedua ini lebih mencabar kerana Nurjinah sudah berkahwin dan menjadi ibu. Di situ, dia perlu bermain dengan banyak emosi sebagai seorang isteri, ibu dan juga sebagai seorang kakak," ujarnya.

Tiada pengalaman sebagai seorang isteri, jelas Fouziah, dia banyak mendapatkan tip daripada teman-teman yang sudah berumah tangga bagaimana melakonkan watak sebagai isteri. Lebih-lebih lagi sebagai seorang isteri yang sarat menyimpan perasaan dan suka bermain dengan emosi.

Namun begitu, berlakon sebagai seorang ibu tidak mendatangkan masalah kepada Fouziah kerana dia mempunyai pengalaman menjaga anak-anak buahnya.





Dua pemain Terengganu dihukum bawa perempuan balik hotel!

Posted by ADMIN | | Posted in



MUSLIM  tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.



DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.


Motosikal tandas bergerak sejauh 300 kilometer!

Posted by ADMIN | | Posted in



TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan.


Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di dunia.


Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk.


Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.


"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia.


"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.


Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo.


Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar.


Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP

p/s : x selera nak memerut kat situ....

Mayat lelaki berasap tanpa kepala

Posted by ADMIN | | Posted in




NIBONG TEBAL: Kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.


Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam. 


Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.

isk..isk..apa nak jadi Malaysia ni....ermmm....merdekakah kita??  

Posted by ADMIN | | Posted in

Proses Pembedahan Plastik Seorang Awek Cantik Iras Pelakon Malaysia...

Posted by ADMIN | | Posted in

Dah cantik...tapi x puas hati...nak cantik lagi....ermmm....manusia2....

Jom tengok apa yang dia buat kat mukanya...

p/s: Muka ada iras pelakon Yana Shamsudin plak...admin rasa laaa...

iras jeee...bukan dia....huhuhu




















































20 Senarai Lelaki Bajet Malaya!

Posted by ADMIN | | Posted in










1) Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh

2) Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, “macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^” macam shit doh konon menepati citerase gadis itu

3) Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh

4) Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik

5) Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks

6) Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair&Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat

7) Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba “i tak kenal dia”..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je

8) Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram

9) Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit

10) Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda

11) Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau

12) Kau pakai DSLR pakai duit ptptn tak pun duit mak abah tapi duit makan sesak sampai pinjam member..tapi bile member nak pinjam DSLR kau kedekut macam sial

13) Usung DSLR kau kehulu kehilir konon kau ni foto-tangkap..bila tengok cara amik gamba pun cam suck..pegang DSLR pun tak style

14) Panas terik, berpeluh kat tengah kotaraya ni, boleh pulak kau pakai sweater tebal,Okley, topi Monster, short pants & kasut Vans yang besar sampai orang tengok pun lemas

15) Taip macam-macam kat facebook siap fuck suck sume keluar..tapi realiti lepak jugak ngan budak layan anime & tonton Fairy Tale, Naruto dekat lapy

16) Nak lepak ngan gadis tapi barang dressup sume kau pinjam..daripada topi Monster, Okley, baju, kemeja, jeans & kasut sampai duit pun pinjam..alasan nye barang sendiri tak hensem ngn kau..buat apa kau beli dulu bodoh

17) Kau cakap “bro..nak g mana bro? lepak lah kejap bro..” kuat-kuat padahal bila dalam rumah, kolej tak pernah pulak cakap macam tu

18) Duit ptptn habis sebab belanja awek..tapi bila awek tanya kenapa duit habis, cakap member selalu pinjam..nak kasi diri tu nampak mulia di mata gadis

19) Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau

20) Main blog, Facebook & Twitter bagai..tapi semua yang dalam blog & lain-lain gampang je lebih..kasi orang nampak kau awesome di alam maya..realiti, menangis bila gaduh ngan gadis

***************

kah..kah..kah...opss..bahasa kasar sikit laa...korang lelaki bajet no berapa??
ahaha...

Ada betulnya neh...besela...manusia...macam2 ragam...







Masjid ini Didirikan Oleh Makhluk Halus ?

Posted by ADMIN | | Posted in





Dibangunkan sekitar abad ke-12 Masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya. Wujud Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masihi.





Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara. Bangunan Masjid Nando dikategorikan Unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya.



Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid. Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.



Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid, serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Wallahuaalam..

Sumber: http://zootodays.blogspot.com/2012/08/masjid-yang-didirikan-oleh-makhluk.html






Nadia Annuar (TV3) Percaya Cinta Bekas Vokalis Kerispatih

Posted by ADMIN | | Posted in





Nadia Shahrul Annuar. 


Personaliti TV3 Nadia Shahrul Annuar menaruh kepercayaan kepada kekasihnya yang juga bekas vokalis kumpulan Indonesia, Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir walaupun lelaki itu dikenali sebagai individu bermasalah sebelum ini.

Pengacara program Malaysia Hari Ini itu berkata, dia cuba meletakkan kepercayaan dan enggan meragui kekasihnya itu walaupun mereka menjalin hubungan cinta jarak jauh di antara dua negara.

“Hubungan kami masih baru dan tidak sampai setengah tahun pun. Bohonglah kalau saya tidak ragu-ragu atau bimbang pada dia (Sammy), apatah lagi hubungan kami berlangsung secara jarak jauh.

“Saya takut juga dengan kisah silamnya yang pernah terlibat dengan dadah tetapi pada masa yang sama saya selalu berwaspada. Tiada ertinya sesebuah hubungan tanpa kepercayaan,” katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Ditanya mengenai dakwaan kisah hubungan sulit Sammy yang tersebar di Indonesia pada Jun lalu, Nadia berkata kontroversi itu merupakan permainan industri hiburan yang cuba menjatuhkan karier kekasihnya itu.



Sammy Simorangkir



“Itu (gosip) adalah permainan industri muzik di sana yang melakukan konspirasi untuk menjatuhkan karier Sammy. Hakikatnya, ketika cerita itu tersebar pada Jun lalu, saya berada di sana dan mengetahui perkara yang sebenar.

“Saya sedar bukan mudah dan besar cabarannya bagi kami menjalinkan hubungan jarak jauh tetapi saya cuba bina kepercayaan itu semampu yang boleh,” luahnya yang enggan memikirkan soal jodoh pada masa ini.

Nadia berkata, baik pihaknya mahupun Sammy lebih senang untuk berkongsi mengenai status mereka secara terbuka kepada khalayak umum kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai hubungan kami. Saya mengenali latar belakang dan sejarahnya dan begitu juga sebaliknya.

“Status saya sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak juga tidak menjadi isu buatnya kerana dia menerima saya seadaanya,” kongsinya yang tertawan pada sikap budiman dan kelucuan Sammy.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 31, sebelum bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, lima.




Asraruddin Putra Omar Di Minati Kelab Sepanyol!

Posted by ADMIN | Wednesday, 29 August 2012 | Posted in





Wah, nama pemain2 Malaysia semakin menggamit perhatian kelab2 luar negara...

Yang terbaru, pemain kebangsaan dan Selangor, Asraruddin Putra Omar di katakan mendapat perhatian 2 kelab Sepanyol....

Baca berita ini...



Setelah Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar pada Mei lepas, kelibat pemain negara terus meraih perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar mungkin mengikut jejak Nazmi bermain bersama kelab eropah.



Asraruddin Putra Omar, 24, dilaporkan menjadi perhatian dua kelab eropah iaitu Internacional FC dari Liga Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), yang berpusat di Santander. Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor. Menurut Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang boleh ditawarkan.
Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses. Namun kelab berkenaan masih belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini dari kelab Portugal berkenaan. Setakat ini belum ada sebarang perbincangan serius di antara kedua-dua pihak dan masih terlalu awal untuk mengatakan Asraruddin Putra Omar akan menerima tawaran berkenaan.

Papepun jika berjaya, ini adalah peluang terbaik untuk Asrar mengembangkan sayapnya di negara luar...ambik jangan x amibik peluang ni ya! 

Begitupun ketika ini Asrar masih belum di turunkan dalam first eleven  dalam pasukan Selangor kerana di belenggu kecederaan....


Selamat berjaya Asra!

Apa yang minah ni cuba buat???

Posted by ADMIN | | Posted in


Apa yang minah ni cuba buat??

terdesak sangat kot??

tengok sini...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v





kah..kah...kah...

sempat tuuu.....  

Jemput like

Powered by Blogger.

Klik Jap